Kadang-Kadang, Kita Cuma Perlukan Tempat Untuk Berehat Sebentar

​Hening Kesuma Homestay menyediakan ruang yang memang khas untuk anda sekeluarga bersama. Tak perlu risau pasal ruang sempit, di sini semuanya serba luas, selesa, dan paling penting, privasi anda terjaga. ​Nak berkumpul, nak berborak panjang, atau sekadar nak lepak santai tanpa gangguan?

Semuanya boleh. Datanglah bawa keluarga, kami dah sediakan ruang yang paling best untuk anda berehat!

Homestay Pilihan Untuk Family "Gathering" & Rehat-Rehat

Penat cari homestay tapi selalu dapat yang sempit dan sesak? Percutian keluarga sepatutnya jadi masa untuk tenang, bukannya buat kita pening kepala.

Di Hening Kesuma, kami utamakan keselesaan, ketenangan, dan ruang yang luas untuk anda sekeluarga:

Dengan kemudahan yang lengkap, anda kini boleh fokus sepenuhnya pada masa berkualiti dan aktiviti bersama keluarga tanpa gangguan.

Jadikan kunjungan anda ke sini lebih daripada sekadar penginapan, ciptalah memori indah bersama keluarga yang tersayang di Hening Kesuma Homestay.

Dicipta Dengan Rasa Prihatin

Kami percaya keselesaan bukan sekadar pada kelengkapan, tetapi pada rasa tenang ketika menginap — saat anda boleh berehat tanpa gangguan, tidur dengan lena dan menikmati masa bersama keluarga dengan hati yang lapang. Dari susun atur ruang hingga suasana sekeliling, setiap perkara di Hening Kesuma Homestay dijaga dengan penuh perhatian supaya anda benar-benar rasa seperti berada di rumah sendiri.

Ruang Luas & Lapang

Tak perlu bersesak lagi. Rumah kami di reka luas supaya seluruh keluarga besar boleh berehat dengan selesa.

Rehat Yang Berkualiti

Bilik tidur selesa dengan susun atur praktikal, membantu anda dan keluarga berehat dengan lena selepas seharian bersama.

Lengkap Seperti Di Rumah Sendiri

Segala keperluan harian disediakan agar anda boleh menikmati masa bersama tanpa banyak persiapan.

Suasana Tenang & Privasi Terjaga

Persekitaran yang aman dan khas untuk tetamu Muslim, sesuai untuk keluarga yang menghargai ketenangan.

Ruang Luas Untuk Semua Berkumpul

Direka khas untuk keluarga besar, susun atur rumah dua tingkat ini memberi ruang yang cukup untuk semua — sama ada untuk berehat, berbual atau tidur dengan selesa tanpa rasa sesak.

✨ Rumah Semi-D 2 Tingkat

4 Bilik Tidur
• 1 Katil King
• 3 Katil Queen
• Kipas & Air Cond 1HP di setiap bilik

4 Bilik Air
• Water heater
• Booster pump

Sofa bed
• 2 di Ruang Tamu
• 1 di Ruang Keluarga Tingkat Atas
• 1 di Master Bedroom

Ruang Tamu & Ruang Makan berhawa dingin (2HP)

Kapasiti selesa: 12 – 16 orang

Kemudahan Lengkap, Rasa Seperti Di Rumah Sendiri

Kami melengkapkan homestay ini dengan keperluan harian agar anda tidak perlu risau atau membawa terlalu banyak barang — cukup datang dan nikmati masa bersama keluarga.

•WiFi
•Smart TV
•Penapis Air Coway
•Peti Ais
•Dapur lengkap
•Mesin Basuh
•Iron & Iron Board
•Parking berbumbung untuk 3 buah kereta
•Pelbagai kemudahan berhampiran homestay

Ruang Santai Untuk Cipta Kenangan

Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dengan aktiviti santai — sama ada berendam, bermain air atau sekadar menikmati suasana di halaman rumah.

•Kolam Renang Intex (16 × 8 kaki)
•Set BBQ Char-Griller
•Sesuai untuk aktiviti keluarga & perhimpunan kecil

Apa kata

Tetamu Kami?

“Homestay sangat selesa dan bersih.. banyak kemudahan seperti dapur, iron, aircond, dan Wi-Fi. Bilik air pon sangat luas dan selasa.. Sangat recommend tempat ni lepasni boleh repeat lagii😁”

Afiah Safiya

“So nice the homestay. Clean & tidy. The amenities also complete such as toiletries, water dispenser, kettle, fridge, extra blankets & blankets. Definitely will book again.”

Azlinda Ariffin

“Saya baru je menginap di Hening Kesuma Homestay dan memang best! Tempat dia selesa, bersih, dan semua kemudahan cukup – dari dapur sampai bilik air, semua ok. Suasana pun tenang, sesuai sangat kalau nak rehat atau bercuti dengan family. Tuan rumah pun friendly dan senang nak deal. Pendek kata, saya puas hati dan kalau ada peluang, memang nak datang lagi!”

Zulaqmar Zulhazmi

“rumah ni besar gilaa.cantik pulaktuuu.rumah pun nampak baru lagi.semua cukup lengkap sabun mandi pun ada,mangkuk pinggan semua ada.siap bole masak lagi.Wifi dengan kolam pun ada.ada security lagi so memang selamat area sini.recommended sangat hihi👍🏻 “

Sha

Kenangan Indah Bermula Dari Tempat Yang Tenang

Jika anda mencari penginapan yang memberi ruang untuk berehat, berkongsi cerita dan mencipta kenangan bersama keluarga, Hening Kesuma Homestay sentiasa terbuka untuk menyambut kehadiran anda. Hubungi kami dan rancang masa rehat anda dengan tenang.

Hubungi Kami

Phone:
+6010-5508 976